Oleh Danial Dzulkifly dan Sheeda Fathil
SHAH ALAM, 15 SEPT: Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 selama tiga hari yang berakhir semalam mencatat nilai transaksi lebih RM1.3 bilion selain berjaya menarik lebih 25,000 pengunjung awam.
Tahun lalu, SAS mencatatkan jumlah nilai urus niaga sebanyak RM823 juta. Tahun ini, Kerajaan Selangor menetapkan sasaran RM1.3 bilion, peningkatan sebanyak 50 peratus.
Ketua pegawai eksekutif Invest Selangor Bhd berkata peningkatan tersebut mengukuhkan jenama SAS sebagai antara pameran udara terkemuka di rantau ini.
"Tahun ini juga menyaksikan peningkatan penyertaan syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk kumpulan pakar komponen pesawat, sistem, bahan dan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
“Dengan momentum pertumbuhan tahunan pertunjukan ini orang ramai nampaknya semakin menantikannya. SAS juga mengukuhkan usaha Selangor untuk menjadi pemain utama industri,” kata Dato’ Hasan Azhari Idris ketika ditemui di pameran itu yang berakhir semalam.
[caption id="attachment_663449" align="aligncenter" width="700"] Wan Nur Ayesha Wan Ezwan mencuba Pilot Simulator kapal terbang di reruai Malaysia Aviaton Group (MAG) ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 13 Septembar 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
Dalam perkembangan sama, Hasan Azhari mengakui wujud persaingan apabila Indonesia turut menganjurkan Pameran Udara Antarabangsa Bali yang akan diadakan dari 18 hingga 21 September.
Bagaimanapun, beliau berkata acara itu berbeza dengan SAS yang diuruskan Invest Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri manakala pameran di Bali dikendalikan penganjur acara luar dengan bajet yang jauh lebih besar.
“Acara di Bali turut mempamerkan penerbangan komersial dan pertahanan. Ia menjadi pesaing kepada SAS. Kami akan memperhalusi dan meneliti penambahbaikan bagi memastikan SAS kekal sebagai acara tumpuan serta berprestij," katanya
Invest Selangor selaku penganjur SAS 2024 menyasarkan sekurang-kurangnya 25,000 pengunjung dari 45 negara.
Edisi keempat pameran udara tahun ini menampilkan 128 gerai, mewakili 88 syarikat dari tujuh negara iaitu Singapura, China, United Kingdom, Perancis, India, Australia, dan Kemboja.
Antara peserta berprofil tinggi adalah Textron Aviation, Dassault Aviation, Signum Aviation, dan Hindustan Aeronautics Limited.
[caption id="attachment_663441" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat dan bergambar dengan pelbagai model pesawat sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_663442" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat dan bergambar dengan pelbagai model pesawat sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_663443" align="aligncenter" width="694"] Pengunjung melihat Kapal Terbang Pilatus PC-6 milik PDRM yang digunakan untuk tinjuan udara dan latihan ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 13 Septembar 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_663444" align="aligncenter" width="700"] Persembahan udara oleh Kapten John Sham yang juga dikenali sebagai ‘Scratchman’. Juruterbang dari Layang Layang Flying Academy itu menerbangkan pesawat jenis GB1 Gamebird sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_663445" align="aligncenter" width="700"] Persembahan udara oleh Kapten John Sham yang juga dikenali sebagai ‘Scratchman’. Juruterbang dari Layang Layang Flying Academy itu menerbangkan pesawat jenis GB1 Gamebird sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_663446" align="aligncenter" width="700"] Persembahan udara oleh Kapten John Sham yang juga dikenali sebagai ‘Scratchman’. Juruterbang dari Layang Layang Flying Academy itu menerbangkan pesawat jenis GB1 Gamebird sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]