KUALA LANGAT, 15 SEPT: Penganjuran Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 bakal menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
Penyelaras Parlimen Kuala Langat R Haridass berkata demografi Pantai Kelanang khususnya Kuala Langat yang terletak di pesisir pantai merupakan kelebihan yang harus ditonjolkan kepada pengunjung.
“Sebagai anak jati Kuala Langat, saya melihat potensi Pantai Kelanang dan kawasan sekitar untuk lebih dikenali sesuai dengan trend eko-pelancongan yang semakin mendapat tempat.
“Bagi yang baru mengenali Kuala Langat, daerah ini mempunyai keunikan alam semula jadi terutama pantai rekreasi seperti di Pulau Carey, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Morib, Pantai Cunang dan Pantai Tanjong Sepat,” ucapnya pada majlis pelancaran pesta itu semalam.
[caption id="attachment_663355" align="aligncenter" width="1203"] Penyelaras Parlimen Kuala Langat R Haridass (duduk, tengah) dalam majlis perasmian Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Berikutan itu, beliau menyeru penduduk terus mengekalkan keindahan dan kebersihan Pantai Kelanang agar ia terus menjadi salah satu tarikan lokasi di Kuala Langat selain Pantai Morib.
“Harapan saya keindahan pantai ini dikekalkan untuk terus menjadi destinasi pilihan aktiviti keluarga. Komitmen ditunjukkan penduduk setakat ini amat baik kerana sentiasa mementingkan kebersihan.
“Di peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa menyokong terutama berkaitan pembangunan dan perubahan landskap yang lebih mesra pengunjung seperti medan selera, surau, tandas dan taman permainan kanak-kanak,” katanya.
Terdahulu, program memasuki tahun kedua itu mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli majlis, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Selangor, Tourism Selangor, Agrosel Kuala Langat serta Badan Kebajikan Sukarelawan Pantai Kelanang.
Berlangsung dua hari sehingga hari ini, penganjur menyediakan lebih 18 acara menarik untuk seisi keluarga.
[caption id="attachment_663377" align="aligncenter" width="944"] Pertandingan boling kelapa sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]
[caption id="attachment_663378" align="aligncenter" width="1038"] Pertandingan busana kitar semula sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]
[caption id="attachment_663379" align="aligncenter" width="997"] Peserta mengutip sampah sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]
[caption id="attachment_663380" align="aligncenter" width="1108"] Pertandingan lari dalam guni sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]
[caption id="attachment_663381" align="aligncenter" width="1078"] Pertandingan menangkap pepahat sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]
[caption id="attachment_663382" align="aligncenter" width="1066"] Pertandingan tarik tali sempena Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 di Pantai Kelanang, Kuala Langat pada 14 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]