ad
AGENDA

Angka korban Palestin meningkat kepada 41,182 orang, lebih 95,000 cedera

15 Sep 2024, 12:15 AM
Angka korban Palestin meningkat kepada 41,182 orang, lebih 95,000 cedera

GAZA, 15 SEPT: Pasukan tentera Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam semalam, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 64 rakyat Palestin dan kecederaan 155 yang lain, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober meningkat kepada 41,182 kematian dengan 95,280 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mengakses ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya merentasi kawasan yang diserang, kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.