KUALA LANGAT, 14 SEPT: Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menyertai program pembersihan Pantai Morib bersama sukarelawan dan agensi Kerajaan Negeri.
Tengku Zatashah berjalan sejauh dua kilometer untuk mengutip sampah dengan diiringi Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Langat Tengku Mohamed Tengku Harun dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari.
Ditemui selepas merasmikan program, Tengku Zatashah yang juga pengasas #sayno2plastic mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menyertai program pembersihan pantai.
“Ramai juga sukarelawan yang hadir turut serta dengan program ini. Keseluruhan 177.8 kilogram sampah berjaya dikutip, semua bersemangat.
“Terima kasih kepada semua yang datang (pembersihan pantai), menjaga alam sekitar dan jumpa lagi pada masa akan datang,” titah anakanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Tengku Zatashah turut berkenan merasmikan Kempen #Bebasplastik Negeri Selangor dan berswafoto dengan pengunjung Pantai Morib.
[caption id="attachment_663282" align="aligncenter" width="700"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menyertai program pembersihan Pantai Morib, Banting, Selangor pada 14 September 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_663286" align="aligncenter" width="700"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menyertai program pembersihan Pantai Morib, Banting, Selangor pada 14 September 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_663280" align="aligncenter" width="700"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah bergambar bersama sukarelawan selepas menyertai program pembersihan Pantai Morib, Banting, Selangor pada 14 September 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_663281" align="aligncenter" width="700"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan merasmikan kempen bebas beg plastik sempena program pembersihan Pantai Morib, Banting, Selangor pada 14 September 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_663279" align="aligncenter" width="700"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkenan menanam pokok sempena program pembersihan Pantai Morib, Banting, Selangor pada 14 September 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]