ad
AGENDA

EXCO: Tekad kembalikan gemilang sukan Selangor, anjur acara berprestij

13 Sep 2024, 11:00 AM
EXCO: Tekad kembalikan gemilang sukan Selangor, anjur acara berprestij
EXCO: Tekad kembalikan gemilang sukan Selangor, anjur acara berprestij
EXCO: Tekad kembalikan gemilang sukan Selangor, anjur acara berprestij

SHAH ALAM, 13 SEPT: EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi tekad mengembalikan kegemilangan sukan Selangor seperti yang dikecapi pada era 1990-an.

Menjadi saksi era keemasan sukan negeri, beliau berkata antara langkah awal ialah menyediakan kemudahan elit selain penganjuran acara berprestij seperti Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) serta tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2026.

"Saya membesar di Selangor dan menjadi saksi kegemilangan sukannya. Memikul tanggungjawab sebagai EXCO sukan, saya mahu meningkatkan daya saing sukan negeri. Selangor juga memiliki pasukan bola sepak terbaik termasuk mempunyai kemudahan terbaik.

“Selangor merupakan negeri paling membangun dengan kekuatan ekonomi dan kestabilan politik yang utuh. Jadi saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar kini tiba masa kembalikan era kegemilangan Selangor dalam sukan” katanya pada program bual bicara Lunch On Us!, Selangor Journal semalam.

[caption id="attachment_663090" align="aligncenter" width="700"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi ketika menjadi tetamu program bual bicara Lunch On Us!, Selangor Journal di Media Selangor pada 12 September 2024. Foto IDA NADIRAH IBRAHIM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas lanjut, Najwan berkata tumpuan utama negeri kini ialah pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) dan menganjurkan SUKMA 2026.

Jelas beliau, Selangor turut mempertimbangkan untuk menjadi penganjur bersama temasya terbesar Asia Tenggara, Sukan Sea 2027.

“Selangor mempunyai kemudahan sukan lengkap. Kita boleh menawarkan untuk menjadi penganjur bersama bagi beberapa acara sukan. Namun, perkara ini masih terlalu awal, kita akan lihat semula selepas SUKMA 2026," katanya.

[caption id="attachment_663092" align="aligncenter" width="700"] Skuad badminton negara meraikan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 20 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.