ad
AGENDA

PRK Mahkota: Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon

13 Sep 2024, 9:18 AM
PRK Mahkota: Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon

KLUANG, 13 SEPT: Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini esok diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas sempena hari penamaan calon PRK itu yang dimuat naik di akaun Facebook juga memaklumkan cuaca pada sebelah petang adalah baik.

MetMalaysia juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan informasi cuaca terkini di akaun media sosial jabatan itu atau lawab web www.met.gov.my.

Proses penamaan calon PRK DUN Mahkota akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada 9 pagi esok.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 Sept, manakala undi awal pada 24 Sept ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.