SHAH ALAM, 12 SEPT : Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) masih boleh dimohon di pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran.
Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron berkata setakat ini seramai 5,332 peserta SMUE dan 387 peserta SMIS sudah menerima manfaat.
[caption id="attachment_615836" align="aligncenter" width="812"] Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al Rashid ketika Karnival Sukan OKU peringkat negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17 Shah Alam pada 28 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
"Permohonan masih dibuka dan setakat ini kita tidak meletakkan had kuota bilangan penerima, sekiranya individu itu menepati kriteria mereka boleh mohon di pusat khidmat masyarakat," katanya.
Manakala, wakil rakyat Bukit Lanjan Pua Pei Ling berkata seramai 8,982 penerima SMUE dan 426 (SMIS) direkodkan di kawasannya setakat ini.
[caption id="attachment_632278" align="aligncenter" width="815"] Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Pua Pei Ling pada Program sumbangan MBI kepada Komuniti Damansara Damai yang diadakan di Dewan Blok L Apartment Idaman, Damansara Damai pada 09 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
"Ramai yang sudah berdaftar dan saya berharap warga Bukit Lanjan gembira dengan inisiatif disediakan Kerajaan Negeri.
"Meski nilainya tidak besar tetapi semoga ia dapat meringankan beban dan menceriakan penerima dalam menyambut ulangtahun kelahiran," katanya.
Sementara itu, ADN Kota Kemuning Preakas Sampunathan berkata jumlah penerima SMUE di kawasannya pula seramai 7,298 dan 447 (SMIS).
[caption id="attachment_640615" align="aligncenter" width="776"] Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning Preakas Sampunathan bercakap kepada media di Pusat Khidmat Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 28 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
"Saya berharap jumlah bantuan ini dapat ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi meringankan beban kewangan penerima khususnya dalam saat-saat sukar,” katanya.
Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM16.48 juta bagi program Jom Shopping sempena hari lahir penerima. Ia sebahagian inisiatif SMUE dengan setiap peserta menerima RM150 untuk membeli barangan keperluan.
Tahun lalu, seramai 263,141 orang mendapat manfaat SMUE manakala 6,331 keluarga menerima khairat kematian.