ad
AGENSI

LZS biayai kos dialisis 2,388 asnaf, anjur bengkel perkasa bantuan

12 Sep 2024, 10:42 AM
LZS biayai kos dialisis 2,388 asnaf, anjur bengkel perkasa bantuan

SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 2,338 pesakit dalam kalangan asnaf berdaftar menerima bantuan dialisis tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS memaklumkan bantuan direkod setakat Ogos itu meliputi kategori pesakit asnaf fakir, miskin, muallaf dan gharimin.

“Semoga dana zakat yang telah diagihkan dapat memanfaatkan penerima serta pesakit dialisis di negeri ini,” katanya menerusi Facebook.

LZS juga memaklumkan pihaknya mengadakan bengkel pemerkasaan bantuan dan gerak kerja dialisis disertai 161 wakil syarikat pembekalan pada minggu lalu.

Jelasnya, bengkel bertujuan memastikan syarikat melaksana tanggungjawab dengan penuh integriti selain memberikan maklumat lanjut berhubung permohonan bantuan.

Sejak 2016 hingga Mac tahun lalu, LZS menyalur dana berjumlah RM1.02 juta kepada Yayasan Islam Darul Ehsan bagi menyediakan rawatan dialisis meliputi kos pengoperasian, pengurusan dan pentadbiran pusat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.