ad
AGENDA

SAS capai sasaran potensi urus niaga RM1.3 bilion pada hari pembukaan

12 Sep 2024, 9:11 AM
SAS capai sasaran potensi urus niaga RM1.3 bilion pada hari pembukaan
SAS capai sasaran potensi urus niaga RM1.3 bilion pada hari pembukaan

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 12 SEPT: Sasaran potensi urus niaga sebanyak RM1.3 bilion berjaya dicapai pada hari pertama penganjuran Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 dan menarik lebih 30,000 pengunjung.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han menjangka angka itu akan terus meningkat menjelang penutup pameran pada 14 September, dengan lebih 30 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dalam tempoh tersebut.

"Sasaran RM1.3 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri tercapai. Sehingga hari ini, kita juga menyaksikan 12 MoU ditandatangani dan dijangka 30 lagi (MoU) dalam sehari dua ini.

"Saya yakin kita akan melepasi sasaran nilai urus niaga awal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita ditemui di Pusat Penerbangan Serantau SkyPark, di sini hari ini.

[caption id="attachment_662967" align="alignleft" width="393"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han bercakap dalam forum sempena Pameran Udaara Selangor (SAS) di Pusar Penerbangan Serantau (RAC) Skypark Bukit Jelutong, Shah Alam pada 12 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tahun lalu, SAS mencatatkan jumlah nilai urus niaga sebanyak RM823 juta. Tahun ini, Kerajaan Selangor menetapkan sasaran RM1.3 bilion, peningkatan sebanyak 50 peratus.

Sementara itu, Sze Han berkata Anugerah Wanita dalam Penerbangan, yang pertama kali diadakan bertujuan menggalakkan lebih ramai wanita menyertai pelbagai sektor penerbangan.

Beliau juga percaya wanita yang mewakili sekitar 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja dalam industri penerbangan memiliki keupayaan untuk terus cemerlang.

"Kami (Kerajaan Negeri) memberi jaminan lebih ramai wanita akan menyertai industri ini pada masa hadapan," tambahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.