KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Kementerian Digital bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua negeri termasuk pihak swasta bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkebolehan tinggi.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan semua negeri bagi menjayakan setiap aspek berkaitan teknologi.
“Tahun depan kita mungkin akan lihat untuk kita adakan acara ini secara besar-besaran, kita jemput semua negeri untuk ambil bahagian.
“Kita terbuka untuk bersama semua kerajaan negeri dan juga swasta untuk kita jayakan industri ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Twin Accelerator Programme 2024, hari ini.
Berlangsung di Asia School of Business Academics di sini, majlis berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Hadir sama EXCO Pelaburan Ng Sze Han.
Twin Accelerator Programme 2024 membabitkan program Pemecut Selangor kohort ketujuh dan Selangor E-Commerce Xccelerator kohort kedua anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).
[caption id="attachment_662697" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah), Menteri Digital Gobind Singh Deo dan EXCO Pelaburan Ng Sze Han bergambar bersama penaja dan peserta pada majlis pelancaran Twin Accelerator Programme 2024 di Auditorium Khazanah, Asia School of Business Academic, Kuala Lumpur pada 10 September 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Program yang dianjurkan bersama Invest Selangor Berhad itu turut menampilkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rakan strategik selain Affin Bank sebagai penaja utama.
Sementara itu, Amirudin berharap program tersebut dapat disertai bersama negeri-negeri lain pada masa akan datang bagi melahirkan lebih banyak syarikat pemula, khususnya dalan kemahiran digital.
[caption id="attachment_662705" align="aligncenter" width="814"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari barucap pada majlis pelancaran Twin Accelerator Programme 2024 di Auditorium Khazanah, Asia School of Business (ASB) Academic, Kuala Lumpur pada 10 September 2024. Foto HARUN TAJUDIN /MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya percaya kita mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang bagi mengukuhkan Selangor sebagai negeri pertama yang menghargai dan menggalakkan inovasi.
“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan persekitaran di mana inovasi berkembang maju, di mana perniagaan berkembang, dan dimana Selangor terus memimpin sebagai kuasa digital di Asean,” katanya.