ad
AGENSI

PKPS bina pusat kumpul jagung bijirin di Tanjung Sepat

10 Sep 2024, 2:00 PM
PKPS bina pusat kumpul jagung bijirin di Tanjung Sepat
PKPS bina pusat kumpul jagung bijirin di Tanjung Sepat
PKPS bina pusat kumpul jagung bijirin di Tanjung Sepat

SHAH ALAM, 10 SEPT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedang membangunkan pusat pengumpulan jagung bijirin di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata pembinaan pusat seluas 300 ekar yang menempatkan mesin pengeringan dan penguraian itu kini sudah mencapai 30 peratus.

[caption id="attachment_624743" align="aligncenter" width="751"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika sidang media Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Ladang Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Pusat pengumpulan ini turut dilengkapi tempat penyimpanan yang mampu menampung kapasiti kira-kira 200 tan jagung.

“Setakat ini, tuaian jagung bijirin sedang dijalankan dan hasil tanaman menunjukkan perkembangan yang positif,” kata Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan delegasi PKPS akan mengadakan lawatan rasmi ke Sabah dalam masa terdekat bagi membincangkan hasrat memperluas projek tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi.

“Kita adakan perbincangan sebelum ini dan kertas kerja telahpun dibentang. Sabah menunjukkan minat untuk meneruskan kerjasama ini ke peringkat seterusnya.

“Oleh itu, kita akan adakan lawatan kerja sekali lagi dalam masa terdekat untuk meninjau tapak tanaman jagung bijirin,” katanya.

[caption id="attachment_624768" align="aligncenter" width="811"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi menunjukkan jagung yang boleh dituai ketika Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Kuala Langat Selatan pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pada 21 Januari, Kerajaan Negeri menerusi PKPS menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.

Projek julung kali itu bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ayam sekali gus mengurangkan atau menstabilkan harga ayam di negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.