ad
EXCO

Lebih 1.7 tan ikan bandar raya ditangkap, diproses makanan haiwan, baja

10 Sep 2024, 4:33 AM
Lebih 1.7 tan ikan bandar raya ditangkap, diproses makanan haiwan, baja
Lebih 1.7 tan ikan bandar raya ditangkap, diproses makanan haiwan, baja

SHAH ALAM, 10 SEPT: Sebanyak 1.72 tan ikan spesies ikan asing atau terkenal jolokan ikan bandar raya

ditangkap sejak program pemburuan ikan pemangsa itu bermula 1 September.

EXCO pertanian berkata insentif RM1 bagi setiap kilogram (kg) ikan bandar raya yang dianjur di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat, Hulu Langat menerima sambutan menggalakkan daripada pemancing dan pemburu ikan.

“Setakat Ahad lalu, kita terima 1.72 tan tangkapan ikan bandaraya. Jumlah itu agak baik kerana program kita pun baru bermula tidak sampai dua minggu.

“Setiap minggu, kita terima kehadiran purata 60 pemancing dan kita harap jumlah itu akan bertambah pada akhir bulan ini untuk bantu capai sasaran,” kata Ir Izham Hashim kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_662599" align="aligncenter" width="700"] Ikan Pleco yang ditangkap di sekitar tebing Sungai Langat sempena Program Inisiatif Pemburu Ikan Pleco di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Langat, Bangi pada 1 SEPTEMBER 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Menurut Izham, semua hasil tangkapan dibawa ke pusat memproses khas untuk dilupus dan dijadikan makanan haiwan serta baja organik menggunakan Teknologi Bio-Nano Yanisys.

"Ikan bandar raya memiliki kualiti mikronutrien yang tinggi sebagai makanan haiwan dan baja organik selain berpotensi untuk dikomersialkan,” katanya.

Bermula 1 September, Kerajaan Negeri memperuntukan RM50,000 bagi menganjurkan program tersebut dengan sasaran 50 tan tangkapan menjelang akhir bulan ini.

Tawaran insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya di Denai Sungai Kebangsaan sepanjang bulan ini melibatkan tarikh 1, 7, 8, 14, 15, 21, 22, 28 dan 29 mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Pada 9 Jun, Izham dilapor berkata enakmen melarang pelepasan ikan asing yang dikategorikan sebagai pemangsa bakal dikuat kuasa tahun ini untuk memulihara sungai dan ekosistem spesies tempatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.