ad
AGENDA

Tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, dua pekerja maut

9 Sep 2024, 4:38 AM
Tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, dua pekerja maut

SHAH ALAM, 9 SEPT: Dua pekerja binaan maut akibat tertimbus dalam kejadian runtuhan struktur tanah dan konkrit parit ketika kerja pembinaan dekat tapak pembinaan Elmina Ridge hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.29 pagi tadi, lapor Utusan Malaysia.

“Komander operasi di tempat kejadian melaporkan dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ berkedalamam kira-kira 0.3 meter semasa kerja pembinaan longkang.

“Kerja mengeluarkan mangsa dilakukan. Mangsa pertama dibawa keluar pada pukul 11.12 dan kedua pula pada pukul 11.35 pagi tadi,” kata Wan Md Razali Wan Ismail.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.