ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur RM50,000 bantu masjid baik pulih tembok, tempat wuduk

9 Sep 2024, 3:28 AM
Wakaf Selangor salur RM50,000 bantu masjid baik pulih tembok, tempat wuduk

SHAH ALAM, 9 SEPT: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah sebanyak RM50,000 kepada Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, kelmarin.

Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan agihan tersebut bagi membantu rumah ibadat berkenaan menampung kos baik pulih tembok dan naik taraf tempat wuduk lelaki.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf sehingga akhirat,” katanya.

Cek cura itu diserahkan Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Muhammad Suffian Assauri Omar kepada Penolong Pengurus Masjid Ustaz Mohd Norzafri Nadri.

Pada masa sama, Muhammad Suffian turut menyampaikan tazkirah bertajuk Wakaf - Ibadah Berkekalan bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

PWS turut membuka kaunter bagi memudahkan jemaah membuat wakaf tunai. Wakaf juga boleh dibayar secara dalam talian melalui https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.