ad
ADN

Warga emas manfaat program pemeriksaan kesihatan percuma DUN Batu Tiga

8 Sep 2024, 8:52 AM
Warga emas manfaat program pemeriksaan kesihatan percuma DUN Batu Tiga
Warga emas manfaat program pemeriksaan kesihatan percuma DUN Batu Tiga

SHAH ALAM, 8 SEPT: Seorang lelaki warga emas antara ratusan pengunjung tidak lepas peluang sertai pemeriksaan kesihatan percuma anjuran wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, hari ini.

Leong Ah Kat, 76, berkata dia hadir bersama isteri bagi mengetahui status kesihatan mereka sekiranya mempunyai penyakit serius tanpa sedar.

“Penting untuk kita buat pemeriksaan kesihatan tambahan lagi usia kami yang sudah tua ini memang sangat perlu bagi mengelak sebarang penyakit serius menimpa.

[caption id="attachment_662357" align="alignleft" width="500"] Leong Ah Kat, 76 pada Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga 5.0 di Dewan Kekwa, Seksyen 17, Shah Alam pada 8 SEPTEMBER 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Semua orang patut merebut peluang seperti ini kerana ia ditawarkan secara percuma, terima kasih kepada wakil rakyat Batu Tiga,” katanya ketika ditemui di Dewan Kekwa, Seksyen 17 di sini.

Sementara itu, M Kanniga, 41, pula hadir ke Karnival Kesihatan Rahmah 5.0 itu bersama keluarganya untuk mengetahui status kesihatan selain inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Saya datang bersama ibu bapa dan adik beradik, dapat tahu berkaitan program ini daripada kumpulan WhatsApp. Sangat bagus ada inisiatif begini kerana kita boleh dapat tahu pelbagai maklumat,” katanya.

Manakala, Muhammad Zahid Mohd Sapri, 57, hadir ke program berkenaan kerana sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

“Sudah lama saya tidak pemeriksaan kesihatan, Alhamdulillah selepas buat tadi tiada apa-apa penyakit serius dikesan. Semoga inisiatif ini diteruskan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 300 individu mengunjungi karnival itu yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai pengisian menarik sepanjang karnival antaranya pemeriksaan kesihatan, mata, pemberian kupon mammogram dan cermin mata percuma bagi 10 individu terawal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.