SUBANG JAYA, 8 SEPT: Usaha Kerajaan Negeri memastikan penduduk cakna kesihatan diri dan mencegah penyakit diperingkat awal melalui program saringan kesihatan percuma dipuji.
Menurut warga emas Lim Kian Heng, 71, program Selangor Saring membantu golongan sepertinya berjimat memandangan ujian seumpama itu diluar memerlukan belanja yang tinggi.
[caption id="attachment_662334" align="aligncenter" width="811"] Lim Kian Heng, 71. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya amat menyokong usaha Kerajaan Negeri kerana program ini memberi manfaat yang banyak kepada penduduk terumatanya warga emas seperti saya.
“Ini kali pertama saya sertai Selangor Saring. Pastikan di sini saya dapat menjimatkan kos berbanding membuat saringan di luar,” katanya yang hadir bersama isteri.
[caption id="attachment_662335" align="aligncenter" width="814"] Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Kian Heng antara ratusan peserta yang hadir ke program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri Subang Jaya di Dewan MBSJ SS15, di sini hari ini.
Sementara itu Suzainezah Salleh Hudin, 46, pula berpandangan program berkenaan meningkat kesedaran rakyat untuk mencegah penyakit diperingkat awal.
[caption id="attachment_662333" align="aligncenter" width="813"] Suzainezah Salleh Budin, 46. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya manfaat hujung minggu untuk buat saringan di sini hari ini. Rugi kalau tidak ambil peluang memandangkan ia percuma,” kongsinya.
Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.
[caption id="attachment_662336" align="aligncenter" width="790"] Pengunjung membuat pemeriksaan mata dalam program Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_662338" align="aligncenter" width="769"] Pengunjung membuat pemeriksaan telinga dalam program Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]