KUALA LANGAT, 7 SEPT: Muzik cempuling yang menjadi seni warisan akan dimartabatkan menerusi peruntukan khas dalam belanjawan negeri 2025.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata muzik cempuling sedang diperluas peringkat sekolah di seluruh daerah sekali gus menjadi imej dan identiti Selangor.
“Setakat ini kita sudah ada 15 kumpulan cempuling di Selangor. Kita akan bawa seni ini ke sekolah-sekolah dan kembangkan. Ini akan jadi identiti dan imej Selangor pada masa depan.
“Walaupun asasnya seni cempuling ini dari masyarakat Jawa tetapi kita mahu ambil semangatnya iaitu semangat berkumpul dan menyanyikan lagu berunsur nasihat,” katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Festival Selangor@Batu Laut di Dataran Pantai Batu Laut di sini, hari ini. Hadir sama EXCO Kebudayaan merangkap wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Borhan Aman Shah.
Festival julung kali anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu turut melancarkan lagu keroncong 'Inilah Selangor' sebagai simbolik majlis perasmian.
[caption id="attachment_662218" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Perasmian Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Amirudin berharap festival berkenaan dapat diteruskan di daerah lain seluruh Selangor bagi memperlihatkan keunikan budaya dan kepelbagaian kaum di negeri ini.
Menurutnya, festival berkenaan mampu memberi nilai tambah dan tarikan pelancong tempatan dan luar negara terutamanya menjelang Tahun Melawat Selangor 2025.
“Ini merupakan program kerajaan Persekutuan, kalau ada peluang kita akan fokus (anjur) di tempat lain kerana di setiap lokasi itu ada kebudayaan tersendiri yang kita boleh tonjolkan.
“Pelancongan yang melibatkan aktiviti kebudayaan dan kesenian ini masih baru. Kita wajar pertingkat dan perkemaskan, termasuk memperkenalkan citra Selangor,” katanya.
[caption id="attachment_662217" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik Perasmian Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_662220" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat hasil pertandingan istana pasir pada Majlis Perasmian Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_662222" align="aligncenter" width="700"] Suasana sekitar Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_662224" align="aligncenter" width="700"] Suasana sekitar Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_662219" align="aligncenter" width="700"] Suasana sekitar Festival Selangor @ Batu Laut 2024 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 7 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]