ad
AGENDA

Jojo tumbangkan Josue Cruz

7 Sep 2024, 11:42 AM
Jojo tumbangkan Josue Cruz

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Atlet muda Muay Thai negara yang meningkat naik, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berjaya menumbangkan Josue Cruz dari Mexico pada saingan ONE Championship siri 168 di Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Menurut laman web https://www.onefc.com, atlet yang lebih dikenali sebagai Jojo itu tampil bertenaga memberi tumbukan bertubi-tubi dan hanya memerlukan satu pusingan untuk menumpaskan pihak lawan dengan keputusan knockout (KO) dalam kategori fly weight muay thai di Ball Arena, AS.

Kemenangan atlet berusia 17 tahun itu menyaksikan Jojo menebus kekecewaan apabila tewas kepada wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Trat pada saingan ONE Championship siri 167 pada Jun lepas.

Jojo membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$50,000.

Sebagai rekod, kemenangan KO terhadap Cruz merupakan yang kelima bagi Jojo dalam perlawanan ONE Championship.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.