ad
AGENDA

Remaja umur 15 tahun lemas mandi sungai di Kuala Krai

7 Sep 2024, 11:30 AM
Remaja umur 15 tahun lemas mandi sungai di Kuala Krai

KOTA BHARU, 7 SEPT: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Razani Mamat berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1.16 tengah hari.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi pada 1.59 tengah hari, mangsa iaitu Mohamad Azri Aiman Rosli didapati tidak sedarkan diri dan telah dibawa naik ke daratan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pasukan operasi turut memberi bantuan penafasan sebelum remaja itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Mayat dibawa keluar menggunakan pengusung melalui jalan berbatu kira-kira dua kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.