ad
BERITA UTAMA

EXCO: Program rewang disambung November, pupuk semangat muhibah masyarakat

7 Sep 2024, 10:00 AM
EXCO: Program rewang disambung November, pupuk semangat muhibah masyarakat
EXCO: Program rewang disambung November, pupuk semangat muhibah masyarakat

HULU SELANGOR, 7 SEPT: Program rewang komuniti anjuran Kerajaan Negeri yang telah dianjurkan di pelbagai lokasi akan diteruskan semula November depan.

EXCO perumahan berkata Rewang Komuniti Strata yang bertujuan menghidupkan  tradisi penduduk untuk berinteraksi dan membentuk ikatan sosial, akan berlangsung di daerah Hulu Langat.

“Tarikh sebenar belum ditetapkan tapi kita jadualkan November ini di daerah Hulu Langat iaitu di DUN Dusun Tua. Sejak dianjurkan tahun lalu, program rewang mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai lebih 3,000 penduduk di setiap lokasi.

“Alhamdulillah, kita melihat penduduk begitu teruja setiap kali penganjuran rewang ini. Program ini dapat merapatkan lagi pemimpin dengan rakyat,” kata Datuk Borhan Aman Shah.

[caption id="attachment_662145" align="aligncenter" width="698"] EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Doa Selamat Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali Zon 2 dan Pejabat Ahli Majlis MPHS di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 7 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Doa Selamat Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali di Jalan Adenium 2G/6, Seksyen BB5 Bukit Beruntung di sini hari ini.

Kerajaan Negeri menghidupkan semula tradisi itu di beberapa lokasi, khususnya di projek perumahan rakyat (PPR).

Program itu bermula dengan Rewang Komuniti Strata pada 24 dan 25 Februari di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya. Majlis tersebut dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program itu diikuti Rewang Sahur di Asrama Yayasan Selangor, Klang (23 Mac), Rewang Komuniti Strata di Ukay Perdana, Ampang Jaya (5 Mei) dan PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam (8 Jun).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.