ad
AGENDA

Lelaki parah ditetak dipercayai akibat cemburu

7 Sep 2024, 8:09 AM
Lelaki parah ditetak dipercayai akibat cemburu

IPOH, 7 SEPT: Lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam kejadian di Taiping Rabu lalu dipercayai akibat cemburu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.20 malam oleh seorang pengadu yang juga isteri kepada suspek.

"Hasil siasatan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berjaya menahan suspek berusia 25 tahun dalam masa kurang 24 jam.

"Motif serangan dipercayai akibat cemburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata polis meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke IPD Taiping atau balai polis berdekatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.