SHAH ALAM, 7 SEPT: Pentadbiran akan terus komited menyediakan sokongan dan prasarana lebih baik bagi membantu kelangsungan hidup anak-anak istimewa selain mahu hak golongan itu terjaga.
EXCO pembangunan keluarga berkata kejayaan beberapa atlet negara pada kejohanan Paralimpik di Paris yang berlangsung ketika ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) mempunyai peluang cerah selain memberi inspirasi dalam agenda memperdaya kumpulan istimewa.
“OKU menjadi hero Malaysia. Dua pingat emas berturut-turut dapat dicapai, acara badminton oleh Cheah Liek Hou dan baru semalam Bonnie Bunyau Anak Gustin catat rekod dunia baharu sukan angkat berat, pingat emas kedua negara.
[caption id="attachment_662129" align="aligncenter" width="773"] EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Gan Pei Nei bergambar pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2024 di Dewan Teratai MBSA, Shah Alam pada 7 SEPTEMBER 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kerajaan negeri komited sediakan sokongan dan prasarana lebih baik. Dengan adanya program terancang dan sokongan daripada masyarakat, saya yakin anak-anak istimewa kmampu mencapai kejayaan cemerlang dan menyumbang kepada kemajuan negara,” kata Anfaal Saari.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2024 di sini hari ini.
Pada Selasa, Liek Hou menyumbang pingat emas pertama negara selepas menewaskan pemain Indonesia Suryo Nugroho pada aksi final kategori SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena sekali gus membuktikan statusnya selaku juara dunia lapan kali.
Kejayaan berganda negara diperoleh semalam apabila atlet powerlifting Bonnie terus mengekalkan pingat emas di Tokyo 2020 selepas memecahkan rekod dunia miliknya dengan angkatan 223kg.
Sementara itu, sambutan berkenaan meriah apabila hampir 200 anak OKU menyertainya selain mendapat kerjasama agensi kerajaan antaranya Tenteara Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
“Sambutan pagi tadi bermula dengan perarakan. Pelbagai program kita anjurkan seperti pertandingan mewarna dan ada juga persembahan dari anak istimewa ini.
“Kita juga mempamerkan hasil kreativiti anak ANIS. Badan beruniform turut ambil bahagian, TUDM pamerkan senjata serta uniform mereka selain bomba membawa jentera. Kanak-kanak juga dibenarkan naik dalam kenderaan itu,” kata Anfaal.