ad
AGENDA

Lapangan terbang Subang, Pelabuhan Klang bakal diremajakan, tarik kemasukan pelabur

7 Sep 2024, 1:19 AM
Lapangan terbang Subang, Pelabuhan Klang bakal diremajakan, tarik kemasukan pelabur
Lapangan terbang Subang, Pelabuhan Klang bakal diremajakan, tarik kemasukan pelabur
Lapangan terbang Subang, Pelabuhan Klang bakal diremajakan, tarik kemasukan pelabur

SHAH ALAM, 7 SEPT: Beberapa infrastruktur mega negeri ini termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang perlu diremajakan semula bagi menarik pelaburan pada masa depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rancangan sama juga mahu dilaksanakan di Pelabuhan Klang memandangkan ia turut menjadi kawasan tumpuan sektor ekonomi.

“Menjelang 2026, kita bakal miliki jajaran pengangkutan LRT 3 (transit aliran ringan). Dengan kemudahan ini termasuk infrastruktur mega sedia ada, ia jadi kunci penting pembangunan negara.

“Macam lapangan terbang Subang, Pelabuhan Klang. Ini perlu eleman peremajaan. Kalau tidak, pembangunan lama akan beri kesan negatif, tak beri tambah nilai kepada kemasukan pelabur atau corak pembangunan.

[caption id="attachment_662079" align="aligncenter" width="970"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan SA Sentral di Galeria Sentral, Seksyen 14, Shah Alam pada 6 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita alu-alukan gesaan meremajakan semula LTSAAS, sudah dibentang dalam Majlis Mesyuarat Ekonomi Selangor dan kita diterima. Kita harap Malaysia Airports Holdings Bhd dapat percepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan projek meremajakan semula bandar raya ini, SA Sentral kendalian Perbadanan Kemajuan Negeri Seangor (PKNS) di sini malam tadi.

Terdahulu, ketua pegawai eksekutif PKNS berkata SA Sentral bakal menjadikan Shah Alam sebagai pusat perniagaan yang mampu bersaing dengan Kuala Lumpur.

Jelas Datuk Mahmud Abbas, projek RM3 bilion yang berkonsep pembangunan berorientasi transit turut menyediakan ekosistem ideal untuk meluaskan perniagaan serta keusahawanan.

Projek menggabungkan beberapa bangunan antaranya Plaza Alam Sentral, Plaza Perangsang, SACC Mall, SACC Walk, Kompleks PKNS dan Pusat Konvensyen Shah Alam juga bakal menjadi lokasi baharu segi tiga emas di negeri ini.

[caption id="attachment_662078" align="aligncenter" width="1338"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama rakan strategik selepas menandatangani memorandum dalam majlis perasmian SA Sentral di Galeria Sentral, Seksyen 14, Shah Alam pada 6 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.