ad
AGENDA

Kaji selidik: 64 peratus responden percaya kewangan isi rumah naik tahun depan

6 Sep 2024, 11:09 AM
Kaji selidik: 64 peratus responden percaya kewangan isi rumah naik tahun depan

SHAH ALAM, 6 SEPT: Lebih separuh responden yang berusia antara 18 hingga 30 tahun percaya kedudukan kewangan isi rumah di negara ini meningkat pada tahun depan.

Menurut kajian Merdeka Center yang terbit hari ini melibatkan 1,605 responden,  sebanyak 64 peratus percaya kewangan isi rumah bertambah manakala 32 peratus (turun) dan empat peratus (tidak pasti).

Berikut dapatan lain:

  • 47 peratus menjangka ekonomi menunjukkan kemajuan, 45 peratus (turun) dan lapan peratus (tidak pasti).
  • 52 peratus percaya hala tuju negara pada landasan salah berdasarkan tiga faktor iaitu kos hidup/inflasi (41 peratus), isu pendapatan/gaji (15 peratus dan keadaan ekonomi (9 peratus)

Umumnya, 84 peratus menyifatkan mereka memiliki kualiti hidup yang baik dan hanya 15 peratus berpendapat sebaliknya.

  • kualiti hidup: 47 peratus menyatakan meningkat, kekal (35) dan merosot (14)
  • kewangan peribadi: 38 peratus percaya bertambah, kekal (30) dan menurun (26)
  • jaminan pekerjaan: 43 menyifatkan naik, kekal (29) dan berkurangan (15)

Politik

Sebanyak 54 peratus mahu sebuah parti diwakili setiap kaum yang ada hak sama untuk menentukan dasar negara manakala 33 peratus mahu gabungan semua kaum tetapi didominasi Melayu. Hanya lapan peratus mahukan parti Melayu.

Dapatan lain antaranya:

  • 57 peratus setuju wanita boleh menjadi perdana menteri, tidak setuju (40 peratus) dan tidak asti (3 peratus
  • 56 peratus percaya kepada institusi kerajaan pusat, tidak percaya (36 peratus) dan tidak pasti (8 peratus)
  • 51 peratus percaya institusi parlimen, tidak percaya (40 peratus) dan tidak pasti (9 peratus).

Hubungan kaum

Semua kaum didapati lebih mempercayai etnik mereka sendiri berbanding pihak lain.

  • Orang Melayu kurang percaya kaum lain terutama Cina (57 peratus) dan India (53 peratus)
  • Kaum Cina mempercayai orang Melayu sebanyak 92 peratus, hampir setara etnik sendiri 95 peratus tetapi kurang percaya kepada India (83 peratus)
  • Orang India lebih mempercayai kaum Cina (83 peratus) mengatasi orang Melayu (79 peratus)

Sumber maklumat

  • Majoriti menggunakan internet sebagai sumber maklumat meliputi 77 peratus respondan, televisyen (18 peratus), radio (2 peratus) dan surat khabar (dua peratus).
  • Instagram menjadi pelantar media sosial paling banyak digunakan iaitu 31 peratus, TikTok (25 peratus), Facebook (25 peratus), YouTube (7 peratus), Twitter (4 peratus).

Pecahan umur respondan dalam kajian berkenaan ialah 18-20 tahun (20 peratus), 21-24 (41 peratus) dan 25-30 tahun (39 peratus).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.