ad
BERITA UTAMA

Selangor sasar 6,000 rumah untuk Skim Smart Sewa

6 Sep 2024, 10:00 AM
Selangor sasar 6,000 rumah untuk Skim Smart Sewa

SHAH ALAM, 6 SEPT: Pentadbiran negeri menyasarkan sebanyak 6,000 unit rumah mampu milik disediakan bawah Skim Smart Sewa menjelang 2026, bagi membantu rakyat memiliki kediaman.

Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata hampir 2,000 unit rumah diletakkan bawah skim berkenaan dan menerima sambutan baik berikutan kadar sewa dikenakan berpatutan.

"Skim ini membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri kerana 30 peratus kadar sewa akan digunakan sebagai deposit untuk belian Rumah Idaman atau Rumah Harapan selepas lima tahun,” katanya.

Beliau menambah skim tersebut menumpukan kawasan pembangunan atau bandar antaranya di Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Subang setakat ini, sebelum diperluas ke kawasan lain.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar akan dipulangkan semula apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Menjelang 2025, Kerajaan Selangor menyasar pembinaan 60,000 unit kediaman menerusi Dasar Perumahan Rumah Selangorku 3.0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.