ad
ADN

ADN Batu Tiga salur RM10,000 tampung kos pasang lif Masjid Ubudiyah

6 Sep 2024, 2:00 AM
ADN Batu Tiga salur RM10,000 tampung kos pasang lif Masjid Ubudiyah

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menyumbangkan RM10,000 bagi menampung kos pemasangan lif di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19, di sini.

Wakil rakyatnya berkata kemudahan itu disediakan bagi memudahkan jemaah terutama golongan warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) untuk beribadah di tingkat atas masjid berkenaan.

"Lif dipasang bagi kemudahan warga emas dan OKU naik ke tingkat atas memandangkan masjid ini dua tingkat.

"Tahniah kepada pengurusan masjid yang berusaha pasang lif bagi kemudahan jemaah, diharap dengan sumbangan pihak DUN dapat menampung perbelanjaan serba sedikit," kata Danial Al-Rashid Haron.

Kelmarin, Danial berkunjung ke masjid berkenaan bagi merasmikan lif yang sudah siap dipasang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.