ad
AGENDA

Menteri arah lapor polis isu 'Abang Bas' muat naik video murid di TikTok

6 Sep 2024, 12:45 AM
Menteri arah lapor polis isu 'Abang Bas' muat naik video murid di TikTok

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan seorang pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya.

Nancy berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

“Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan. Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa, melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu (Akta Kanak-Kanak 2001),” katanya dalam akaun X beliau, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna X, yang berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Berdasarkan kepada pemerhatian Bernama di TikTok, pemilik akaun itu yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ yang mempunyai lebih daripada 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar jelas kelihatan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.