ad
BERITA UTAMA

Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025

5 Sep 2024, 2:00 PM
Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025
Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025
Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025
Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025

SUBANG JAYA, 5 SEPT: Selangor menyasarkan lebih lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO pelancongan berkata sasaran itu berdasarkan pelbagai tawaran program yang disediakan khusus untuk pelancong yang akan memberi kesan positif kepada penggiat industri.

[caption id="attachment_661867" align="aligncenter" width="811"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim bercakap kepada media ketika melawat ke Farm In The City, Seri Kembangan pada 2 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Kehadiran pelancong akan beri anjakan ekonomi kepada Malaysia khususnya Selangor. Sektor pelancongan dilihat mampu memberi dampak ekonomi pada masa singkat berbanding pelaburan yang mengambil masa dua ke tiga tahun," kata Dato' Ng Suee Lim.

Ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi ke Farm in the City, Seri Kembangan di sini hari ini, beliau menggalakkan penggiat industri terus menimba ilmu dan mempromosi produk pelancongan masing-masing supaya perniagaan terus berkembang.

Pada masa sama, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa membantu dengan menyediakan platform supaya penggiat industri pelancongan dapat menjalin hubungan dengan negara luar.

[caption id="attachment_661868" align="aligncenter" width="810"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim teruja melihat burung yang jinak ketika melawat Farm In The City, Seri Kembangan pada 5 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Tourism Selangor dan Malaysia sentiasa bekerjasama untuk membawa pemain industri ke luar negara supaya mereka dapat menjalin hubungan baik satu sama lain.

"Jika bergerak solo tanpa hubungan sesama kerajaan, ia mungkin sedikit sukar. Oleh itu, kita bantu sediakan pelbagai platform termasuk membawa penggiat industri ke program-program pelancongan luar negara," katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan iklan panel belakang bas Smart Selangor yang mempromosi lokasi pelancongan menarik di seluruh negeri sempena TMS2025.

Kempen pengiklanan dengan peruntukan RM250,000 itu melibatkan promosi bagi sembilan daerah di Selangor dengan sokongan lima pihak berkuasa tempatan.

[caption id="attachment_661869" align="aligncenter" width="813"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim memberi makan kepada kura-kura gergasi ketika melawat Farm In The City, Seri Kembangan pada 5 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.