ad
ADN

Kanak-kanak DUN Batu Tiga dipelawa sertai latihan badminton percuma

5 Sep 2024, 10:39 AM
Kanak-kanak DUN Batu Tiga dipelawa sertai latihan badminton percuma
Kanak-kanak DUN Batu Tiga dipelawa sertai latihan badminton percuma

SHAH ALAM, 5 SEPT: Bengkel Badminton B3 Junior siri pertama anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga bermula 1 September lalu mendapat sambutan apabila disertai 80 pemain.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid Haron berkata pihaknya mengalu-alukan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun menyertai bengkel yang diadakan sebanyak tiga siri.

Menurutnya, 240 peserta disasar bagi keseluruhan siri yang bermula 1 hingga 22 September (siri pertama) diikuti 8 hingga 29 September (siri kedua) dan 15 September hingga 6 Oktober (siri ketiga).

"Menariknya, pemain berpeluang mengikuti sesi latihan bersama jurulatih profesional, tajaan latihan intensif dan baju eksklusif percuma untuk setiap penyertaan.

"Program dengan kerjasama FY Brothers Badminton Academy bertujuan melatih dan mengembangkan bakat anak muda dalam sukan badminton, ayuh serlahkan bakat anda," katanya ketika dihubungi.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://linktr.ee/Smashchine

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.