ad
AGENSI

Buaya tembaga di Tasik Seksyen 7 ditemukan 10.30 malam ini

4 Sep 2024, 3:14 PM
Buaya tembaga di Tasik Seksyen 7 ditemukan 10.30 malam ini

SHAH ALAM, 4 SEPT: Buaya tembaga sepanjang 1.5 meter yang dikesan di Tasik Seksyen 7 di sini ditemukan kira-kira 10.30 malam ini.

Perkara itu disahkan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

“Buaya yang dikesan di tasik ini berjaya ditangkap dan masuk ke dalam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor kira-kira 10.30 malam ini,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, Perhilitan Selangor memasang dua perangkap berumpankan ayam bagi menangkap buaya di Tasik Seksyen 7 di sini.

Pengarahnya Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata pihaknya mengenal pasti reptilia berkenaan adalah dari spesies tembaga yang dianggarkan sepanjang 1.5 meter.

Selain itu, bagi memastikan buaya itu tidak keluar dari kawasan tasik, Majlis Bandaraya Shah Alam memasang jaring di lima muka pintu longkang di kawasan tasik itu.

Sementara itu EXCO Sukan Najwan Halimi dalam X turut berkongsi penemuan serta gambar reptilia berkenaan.

"Alhamdulillah, seekor buaya yang dikesan di Tasik Seksyen 7 Shah Alam dua hari lalu berjaya ditangkap Perhilitan sebentar tadi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.