ad
AGENSI

Pameran Udara Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion, libatkan 150 pempamer

4 Sep 2024, 9:00 AM
Pameran Udara Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion, libatkan 150 pempamer
Pameran Udara Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion, libatkan 150 pempamer
Pameran Udara Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion, libatkan 150 pempamer

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 yang berlangsung tiga hari mulai 12 September menyasarkan potensi nilai transaksi RM1.3 bilion, lebih 50 peratus dari perolehan tahun lalu.

Ketua pegawai eksekutif Invest Selangor berkata angka itu hasil jangkaan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian jualan yang terjalin sepanjang pameran yang memasuki edisi keempat.

[caption id="attachment_647659" align="aligncenter" width="815"] Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) Dato’ Hasan Azhari Idris bercakap kepada media ketika
ditemu bual Media Selangor di ibu pejabat Invest Selangor Berhad, Shah Alam pada 20 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita tampilkan 150 pempamer dengan mengetengahkan inovasi dan perkhidmatan terkini yang mampu meningkatkan aktiviti industri selain merangsang pertumbuhan pasaran domestik.

“Kita yakin penganjuran tahunan ini akan meningkatkan lagi dampak ketara kepada sektor aeroangkasa dan penerbangan negeri,” kata Dato’ Hasan Azhari Idris ketika dihubungi.

Beliau berkata seramai 25,000 pengunjung termasuk pemain industri dijangka hadir ke pameran yang diadakan di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark di Subang.

“Pemohonan untuk masuk ke program dibuka sejak minggu lalu dan kita sudah terima 20,089 pendaftaran setakat ini. Ini menunjukkan program mendapat perhatian ramai.

“Semestinya SAS 2024 ini bersedia menjadi platform merangsang aktiviti ekonomi tempatan dan meningkatkan reputasi Selangor sebagai hab terkemuka dalam sektor aeroangkasa dan penerbangan,” katanya.

Edisi tahun lalu yang berlangsung tiga hari mulai 7 September di lokasi sama mencatat potensi nilai transaksi RM823 juta serta merekodkan kehadiran 19,217 pelawat perdagangan, melebihi sasaran 12,000 orang.

[caption id="attachment_601778" align="aligncenter" width="794"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat kenderaan penunda elektrik bagi pesawat komersial pertama di Malaysia ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark pada 7 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.