ad
AGENDA

PM ucap tahniah kepada Ziyad, raih pingat ketiga buat Malaysia

4 Sep 2024, 8:02 AM
PM ucap tahniah kepada Ziyad, raih pingat ketiga buat Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Pingat perak yang dimenangi saudara Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris. Syabas dan tahniah Ziyad!,” katanya menerusi X hari ini.

Pada aksi di Stade de France semalam, Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.