ad
BERITA UTAMA

Negeri mulakan projek rintis tanaman vanila, beri pulangan ekonomi

4 Sep 2024, 4:14 AM
Negeri mulakan projek rintis tanaman vanila, beri pulangan ekonomi

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri menjayakan projek rintis tanaman vanila di Kalumpang, Hulu Selangor melibatkan tanah seluas tiga ekar.

EXCO pertanian berkata projek yang baharu dijalankan itu bakal membuahkan hasil dalam tempoh tiga tahun dan digunakan untuk sektor makanan.

“Kita akan rasmikan projek rintis ini. Vanila mempunyai nilai komersial yang tinggi dan kita mampu membawa pulangan kepada ekonomi negeri.

“Untuk permulaan kita hanya libatkan ladang seluas tiga ekar dan tengok hasilnya sebelum kita perluaskan lagi tanaman ini,” kata Ir Izham Hashim kepada Selangorkini.

Pada Februari, Izham memaklumkan hasrat negeri untuk mengusahakan vanilla memandangkan harga hasil tanaman itu boleh mencecah lebih RM3,000 sekilogram.

Rancangan ini akan dijayakan menerusi projek pertanian bernilai tinggi bawah Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) selain menjalin kerjasama dengan pengusaha luar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.