ad
AGENDA

160,000 kanak-kanak Palestin terima vaksin polio

3 Sep 2024, 12:38 PM
160,000 kanak-kanak Palestin terima vaksin polio

RAMALLAH, 3 SEPT: Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan Isnin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan akhbar hari ini bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang esok dan akan bermula di Khan Younis Khamis ini dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 September selama empat hari.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.