ad
AGENDA

Guna pesawat AirAsia promosi Tahun Melawat Selangor ke luar negara

3 Sep 2024, 8:20 AM
Guna pesawat AirAsia promosi Tahun Melawat Selangor ke luar negara
Guna pesawat AirAsia promosi Tahun Melawat Selangor ke luar negara
Guna pesawat AirAsia promosi Tahun Melawat Selangor ke luar negara

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Negeri menggunakan pesawat penerbangan AirAsia untuk mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS) ke luar negara.

Menurut EXCO pelancongan, bermula Oktober ini pelbagai tarikan termasuk lokasi tumpuan di Selangor akan diiklankan ke beberapa negara antaranya Indonesia, Singapura, China dan Jepun.

[caption id="attachment_656803" align="aligncenter" width="813"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyeragaman di bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya di Bilik Gerakan MTES, di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 8 Ogos 2024 . Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita sudah tandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan 15 pesawat. Menerusi kerjasama ini, kita akan beri pelekat bagasi serta risalah yang memberi maklumat lanjut berhubung lokasi dan tarikan di Selangor.

“Maklumat ini juga akan disertakan pada bungkusan makanan pelanggan. Secara tidak langsung, pelanggan membaca maklumat tertera dan dapat menarik minat mereka untuk datang,” kata Dato’ Ng Suee Lim.

[caption id="attachment_651733" align="aligncenter" width="764"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim selepas pelancaran iklan panel belakang Bas Smart Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada Julai, sebanyak 55 Bas Smart Selangor di serata daerah dilengkapi iklan panel bagi mempromosi  lokasi pelancongan menarik melibatkan peruntukan RM250,000.

TMS2025 yang menawarkan lebih 60 program sepanjang tahun depan dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

Tahun ini, pelbagai kerja promosi dilakukan menerusi pengiklanan, digital dan media sosial, siri promosi dalam dan luar negara, penganjuran acara pelancongan, jerayawara dan pameran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.