ad
AGENDA

Pakaian lelaki warga asing tertera logo PDRM bukan tugas rasmi

3 Sep 2024, 4:27 AM
Pakaian lelaki warga asing tertera logo PDRM bukan tugas rasmi

BALIK PULAU, 3 SEPT: Kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang dipakai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bukan untuk penugasan rasmi, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemeja-T dipakai lelaki itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman dan gotong-royong.

"Polis mengesan video tular berdurasi 19 saat pada 1.30 tengah hari semalam memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan logo ‘PDRM’.

"Hasil siasatan mendapati baju itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya serta bukan bagi penugasan rasmi IPD Barat Daya," katanya dalam kenyataan.

Kamarul Rizal sehubungan itu menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan video tular itu dan pihaknya mengambil maklum isu terbabit.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakam gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.