ad
PBT

Buaya muncul di Tasik Seksyen 7, MBSA nasihat pengunjung berhati-hati

3 Sep 2024, 3:45 AM
Buaya muncul di Tasik Seksyen 7, MBSA nasihat pengunjung berhati-hati
Buaya muncul di Tasik Seksyen 7, MBSA nasihat pengunjung berhati-hati

SHAH ALAM, 3 SEPT: Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Tasik Seksyen 7 di sini susulan kehadiran seekor buaya di tasik berkenaan pagi ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan pihkanya melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan PERHILITAN sedang mengambil tindakan selanjutnya.

"Berkenaan kemunculan seekor buaya di Tasik Shah Alam. MBSA melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perhilitan mengambil maklum akan perkara ini.

"Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7," menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.