ad
AGENDA

Karnival sempena pameran udara 2024 tawar ribuan peluang kerja

3 Sep 2024, 3:28 AM
Karnival sempena pameran udara 2024 tawar ribuan peluang kerja
Karnival sempena pameran udara 2024 tawar ribuan peluang kerja

SHAH ALAM, 3 SEPT: Lebih 2,000 peluang pekerjaan dibuka dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa sempena karnival kerjaya, sebahagian agenda Pameran Udara Selangor (SAS), minggu depan.

EXCO pelaburan berkata program berlangsung selama dua hari pada 13 dan 14 September, bermula 10 pagi hingga 6 petang di Concorde Hall, Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.

“Kira-kira 2,159 peluang pekerjaan bakal ditawarkan. Ini peluang untuk pencari kerja meneroka laluan kerjaya damam dunia penerbangan,” kata Ng Sze Han.

Sementara itu, Facebook MYFutureJobs memaklumkan syarikat terlibat seperti Airbus/Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd, Post Aviation Engineering Services Sdn Bhd, Batik Air dan AirAsia.

[caption id="attachment_628704" align="alignleft" width="444"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han bercakap kepada media ketika sidang media pengumuman perolehan Pameran Udara Selangor (SAS) 2023 di Bilik Gerakan MTES, Shah Alam pada 20 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Turut mengambil bahagian dalam karnival bermula 10 pagi hingga 6 petang itu ialah UMW Aerospace Sdn Bhd, Drone Academy Asia, Skyways Technics Asia Sdn Bhd, Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd dan Airod Aerospace Technology Sdn Bhd.

Sebelum ini, Sze Han memaklumkan SAS 2024 bakal menarik 110 pempamer bagi edisi keempatnya pada 12 hingga 14 September ini, dengan pelbagai acara menarik diadakan.

Pameran itu turut menampilkan 15 syarikat dari tujuh negara iaitu Amerika Syarikat (AS) , United Kingdom, China, Singapura, Jerman, Perancis dan Republik Czech.

Sempena pameran itu juga, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis pesawat seperti pesawat Diamond, Falcon 8x, Caravan dan Piaggio Avanti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.