ad
AGENDA

Liek Hou raih emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris

3 Sep 2024, 1:00 AM
Liek Hou raih emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris
Liek Hou raih emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris

PARIS: 3 SEPT: Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di si sini semalam.

Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena di sini, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan weakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenenangi di Tokyo 2020.

Selepas kedudukan terikat 3-3 pada awal set pertama, pemain nombor satu dunia itu menguasai kawalan dan terus memimpin dengan mudah menadului kelebihan tujuh mata pada kedudukan 17-10 sebelum mengesahkan permainan dengan kemenangan 21-13.

Pemain Indonesia itu, yang hanya menggunakan tangan kanannya mempertingkatkan permainannya dalam set kedua dan mengejar rapat pada kedudukan 14-15 sebelum Liek Hou mengekalkan ketenangannya dan melakukan pukulan smash untuk memastikan pingat emas Paralimpik berturut-turut dengan menokhtahkan kemenangan 21-15.

[caption id="attachment_661398" align="aligncenter" width="708"] Kontinjen Malaysia memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada 2 September 2024. Foto Facebook Bernama[/caption]

Liek Hou meraikan kemenangannya dengan memeluk jurulatihnya Nova Armada dan kemudian dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar gelanggang.

Kemenangan penuh bermakna itu menyaksikan juara dunia lapan kali itu mengukuhkan rekod pertemuannya kepada 14 kemenangan daripada 18 perlawanan menentang Suryo, yang mara ke final dengan menewaskan seorang lagi pemain badminton Malaysia Muhammad Fareez Anuar 21-12, 14-21, 21-6 di pentas separuh akhir.

Kelmarin, Liek Hou, 36, mara ke final apabila menyingkirkan seterus utamanya dari Indonesia Dheva Anrimusthi 21-17, 21-17 dalam aksi separuh.

Dalam pada itu, Dheva merangkul pingat gangsa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengecewakan Fareez 17-21, 21-19, 21-12.

Namun begitu, Fareez, pemain nombor empat dunia, masih boleh berbangga dengan penampilan sulung yang mengagumkan di Sukan Paralimpik apabila menjuarai Kumpulan B yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Maut’.

Beliau memulakan kempen dengan mengejutkan pilihan kedua, Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 sebelum melakukan dua kebangkitan hebat untuk menewaskan Dheva 14-21, 21-19, 21-19 dan pemain Jepun, Taiyo Imai 17-21, 21-17, 21-17.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.