ad
AGENDA

Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan

2 Sep 2024, 4:53 AM
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan
Konvokesyen UiTM ke-99, Tengku Permaisuri serah anugerah kepada 107 graduan

SHAH ALAM, 2 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor berkenan menyampaikan anugerah kepada 107  penerima ijazah doktor falsafah, sarjana kepakaran klinikal selain 15 graduan terbaik.

Sepanjang sesi bermula hari ini hingga 17 Oktober, seramai 28,020 pelajar pelbagai bidang mendapat anugerah masing-masing menerusi 27 sidang dengan sebahagian besar seramai 25,459 graduan menerimanya di kampus Shah Alam.

Sementara itu Naib Canselor Professor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata setakat ini UiTM memiliki lebih 700,000 alumni dan berharap semua ahli memainkan peranan demi kelangsungan pelajar di masa depan.

Beliau turut mengingatkan graduan supaya melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional setelah mendapat pekerjaan sekali gus bakal memberi manfaat kepada pelajar baharu.

“Insya-Allah kita akan teruskan semangat juang dengan membawa kejayaan dalam setiap langkah. Jadilah konglomerat anak bangsa yang berjaya agar kita dapat terus menginspirasi dan mengilhami serta menjadi teladan dalam kejayaan dunia,” katanya ketika sembah ucap.

[caption id="attachment_661293" align="aligncenter" width="695"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyampaikan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor 'Doktor Falsafah (Perubatan)' kepada Dr Intan Suraya Noor Arzahan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM pada 2 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Shahrin memaklumkan UiTM berada di kedudukan 587 terbaik dunia melalui penilaian QS World University Rankings 2025 selain tempat ke-98 bagi QS Asia University Rankings 2024.

Beliau menjelaskan institut pengajian tinggi berkenaan juga mencatat pencapaian terbaik dalam sejarah universitinya apabila 18 subjek merentasi tiga bidang utama disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) by Subject 2024.

“Ini pencapaian tertinggi dalam sejarah UiTM daripada pencapaian tahun lalu dengan 13 subjek merentasi tiga bidang utama termasuk sains sosial dan pengurusan  menjadi bidang terkuat dengan mendapat kedudukan ke-361 di dunia. Bidang-bidang lain turut melonjak ke tahap lebih tinggi dengan sangat signifikan.

“Alhamdulillah UiTM membawa pelbagai kejayaan dan kecemerlangan warganya ke peringkat antarabangsa. Pencapaian ini merupakan hasil berkat semangat berpasukan dan keikhlasan semua warga dalam memacu UiTM untuk menjadi lebih progresif,” katanya.

[caption id="attachment_661294" align="aligncenter" width="700"] Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dato Dr Shahrin Sahib Sahibuddin berucap sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM pada 2 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661292" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyampaikan Anugerah Penyelidik Cemerlang kepada Dr Pratama Bima Cinintya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM pada 2 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661296" align="aligncenter" width="700"] Suasana Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM pada 2 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661295" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berswafoto bersama graduan sebelum berangkat pulang sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM pada 2 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.