ad
ADN

Sertai sesi kaunseling percuma setiap Sabtu sepanjang September ini

2 Sep 2024, 2:24 AM
Sertai sesi kaunseling percuma setiap Sabtu sepanjang September ini
Sertai sesi kaunseling percuma setiap Sabtu sepanjang September ini

SHAH ALAM, 2 SEPT: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek berpeluang menyertai sesi kaunseling percuma pada setiap Sabtu sepanjang bulan ini.

Wakil rakyatnya Lwi Kian Keong berkata inisiatif menerusi program Hab Sehat Selangor itu menyasarkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan emosi dan mental.

Katanya program berlangsung setiap Sabtu sepanjang September melibatkan tarikh 7,14,21 dan 28 bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari di balai MPKK Sepang Jaya, Kampung Baru Sepang Jaya, Sepang.

“Jika anda mempunyai masalah kesihatan emosi dan mental, daftar sesi kaunseling percuma bersama kami dengan mengimbas kod QR di poster,” katanya menerusi Facebook malam tadi .

Sebelum ini EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin ketika sidang Dewan Negeri Selangor memaklumkan 10,459 kes gangguan mental dirujuk ke klinik kesihatan daerah dalam tempoh empat tahun dari 2020 hingga 31 Mac tahun ini.

Tahun 2020 merekodkan 1,858 kes diikuti 2021 (1,942), 2022 (2,065), 2023 (2,297) dan untuk 2024 hingga 31 Mac, 2,297 kes dilaporkan.

Klang menjadi daerah yang menerima jumlah pesakit tertinggi iaitu melebihi 500 pesakit setahun, diikuti Petaling dengan lebih 400 pesakit dan Sepang mencatatkan lebih 300 pesakit bagi tempoh sama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.