SHAH ALAM, 1 SEPT: Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kemuning muncul juara kejohanan bola sepak Piala Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning (Bawah 12 tahun).
Berlangsung di Stadium Belia dan Sukan Negeri Seksyen 21 di sini hari ini, mereka membawa pulang wang tunai RM800 beserta piala dan pingat yang disempurnakan oleh wakil rakyatnya S Preakas.
Ditemui pemberita, Preakas memaklumkan sebanyak 11 sekolah sekitar DUN berkenaan menyertai kejohanan yang juliung kali dianjurkan itu.
“Dengan penganjuran kejohanan ini akan menjadi medan untuk kita gilap bakat muda daripada peringkat sekolah rendah lagi.
“Disamping itu, saya berhasrat untuk jadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan dan akan berbincang dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk anjurkan program lebih besar tidak terhad di DUN Kota Kemuning sahaja,” katanya.
Terdahulu, SK Kota Kemuning menewaskan SK Bukit Rimau 3-2 menerusi penetuan penalti.
Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi SK Bukit Kemuning 2 dan SK Taman Sri Muda 2.