ad
BERITA UTAMA

Turap jalan mega: Guna teknologi baharu pastikan tampalan lebih tahan

1 Sep 2024, 10:30 AM
Turap jalan mega: Guna teknologi baharu pastikan tampalan lebih tahan
Turap jalan mega: Guna teknologi baharu pastikan tampalan lebih tahan
Turap jalan mega: Guna teknologi baharu pastikan tampalan lebih tahan
Turap jalan mega: Guna teknologi baharu pastikan tampalan lebih tahan

HULU LANGAT, 1 SEP: Projek turapan mega 2.0 yang bermula bulan ini menggunakan teknologi baharu dinamakan ‘jet patcher’ untuk hasil tampalan lebih tahan dan kukuh.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata kaedah baharu menggunakan teknologi tinggi membabitkan peruntukan RM20 juta.

[caption id="attachment_661209" align="aligncenter" width="744"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bercakap kepada media ketika meninjau program Inisiatif Tangkap Ikan Pleco di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Langat, Hulu Langat pada 1 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kertas bajet RM20 juta sudah lulus. Minggu ini kertas mengenai kaedah pelaksanaan (akan bincang) kerana kita ada ubah sedikit.

“Kita ada teknologi baharu, tampalan ‘jet patcher’ yang berteknologi tinggi, akan membantu banyak dari ketahanan lubang. Perinciannya kita akan beritahu nanti,” katanya selepas meninjau program Inisiatif Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat di sini hari ini.

[caption id="attachment_595298" align="aligncenter" width="752"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurap Jalan Aman Putra Sepang pada 26 Julai 2023. Foto X Infrasel[/caption]

Sebelum ini Izham berkata projek turapan mega 2.0 memfokus pada jalan yang mengalami kerosakan kritikal dengan kerja membaik pulih menggunakan jentera baharu berteknologi tinggi yang diimport dari United Kingdom.

Tahun lalu, Kerajaan Selangor mengeluarkan belanja RM50 juta bagi projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan untuk meningkatkan kemudahan penduduk dan dijalankan secara menyeluruh.

Meliputi jarak 94.9 kilometer, kerja penyelenggaraan itu melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

[caption id="attachment_588616" align="aligncenter" width="771"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) giat melaksanakan kerja baik pulih jalan menggunakan kaedah ‘mill and pave’ di Jalan PJS 1/25 Petaling Jaya pada 20 Jun 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.