ad
AGENDA

Mayat warga emas ditemukan dalam paya berhampiran kebun

1 Sep 2024, 7:15 AM
Mayat warga emas ditemukan dalam paya berhampiran kebun

KOTA BHARU, 1 SEPT: Mayat lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Hasri Husin berkata pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung penemuan mayat oleh penduduk kampung.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Fakhrurazi Mamat dari Kampung Belukar Beta Hulu.

"Anggota bomba kemudian membawa keluar mangsa dari paya yang dipercayai dibina bagi kegunaan menakung air di kebun itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasri berkata Fakhrurazi dipercayai keluar ke kebun miliknya dan tidak pulang ke rumah sejak 6.30 petang semalam sebelum laporan polis dibuat ahli keluarga.

Beliau berkata penduduk kampung yang mengadakan gerakan mencari menemui mayat mangsa di dalam paya berkenaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.