ad
AGENDA

Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea, hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan

1 Sep 2024, 4:30 AM
Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea, hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Kejayaan beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran Terbuka Korea 2024 menjadi hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-67, semalam.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Mokpo Seoul, Korea Selatan hari ini, gandingan kesembilan dunia itu bagaimanapun terpaksa 'bermandi peluh’ sebelum menoktahkan kemenangan 17-21, 21-13, 21-13 menewaskan Guo Xin Wa-Li Qian dari China.

Ini merupakan kali pertama Tang Jie-Ee Wei muncul juara di kejohanan berstatus Super 500 selepas muncul naib juara Masters Thailand 2024 (Super 300) dan Terbuka Switzerland 2024 (Super 300).

Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah dijadual beraksi pada 2 petang ini berdepan pasangan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim hye Jeong dalam satu lagi aksi final.

Untuk rekod, pencapaian Tang Jie-Ee Wei di kejohanan berstatus lebih tinggi daripada Super 300 ialah mara ke separuh akhir Terbuka Singapura 2023 (Super 750), separuh akhir Terbuka China 2023 (Super 1,000), separuh akhir Terbuka Artik 2023 (Super 500) dan separuh akhir Masters Malaysia 2024 (Super 500).

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.