ad
BERITA UTAMA

Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati

1 Sep 2024, 2:00 AM
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati
Hari Kebangsaan disambut meriah, tema jiwa merdeka dihayati

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bertemakan 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' dirai meriah di peringkat negeri dan kebangsaan dengan pelbagai acara dan persembahan.

Berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Jumaat, Kerajaan Selangor menyambut tarikh keramat itu dengan kehadiran lebih 60,000 pengunjung pelbagai bangsa.

Tepat jam 12 tengah malam, bergema laungan ‘Merdeka’ yang diketuai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selain dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos serta Jalur Gemilang.

Semalam, acara memasuki edisi keenam diteruskan di Dataran Putrajaya yang dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selain dimeriahkan dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat.

Berikut dikongsi suasana sambutan Hari Kebangsaan edisi 2024 di Selangor dan Putrajaya:

[caption id="attachment_661122" align="alignnone" width="890"] Orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661123" align="alignnone" width="885"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura kepada waris Anugerah Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661124" align="alignnone" width="887"] Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia melakukan perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661125" align="alignnone" width="899"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan pentadbiran negeri dan EXCO serta orang ramai menyambut Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661126" align="alignnone" width="854"] Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiburkan orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661127" align="alignnone" width="953"] Pelajar tahfiz ketika program Selawat, Munajat dan Tausiyah Perdana sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor 2024 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661128" align="alignnone" width="897"] Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_661129" align="alignnone" width="916"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peserta yang menjayakan Hari Kebangsaan ke-67 bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_661130" align="alignnone" width="917"] Pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bertemakan “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024.Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

[caption id="attachment_661131" align="alignnone" width="815"] Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan persembahan ‘Cuci Rasuah’ ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bertemakan "Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka" di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_661133" align="alignnone" width="836"] Suasana acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bertemakan "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka" di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_661132" align="alignnone" width="971"] Peralatan seperti penyapu dan tong sampah digunakan dalam persembahan tarian ‘cuci rasuah’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_661134" align="alignnone" width="836"] Pemandangan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.