ad
AGENDA

Polis tembak mati lelaki miliki 16 rekod jenayah, dadah

31 Ogos 2024, 1:04 AM
Polis tembak mati lelaki miliki 16 rekod jenayah, dadah

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 9.33 malam itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun terbabit ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.

“Suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.