ad
AGENDA

Allahyarham Koperal Mohd Azrul diumum Tokoh Kemerdekaan Selangor

31 Ogos 2024, 12:10 AM
Allahyarham Koperal Mohd Azrul diumum Tokoh Kemerdekaan Selangor
Allahyarham Koperal Mohd Azrul diumum Tokoh Kemerdekaan Selangor
Allahyarham Koperal Mohd Azrul diumum Tokoh Kemerdekaan Selangor

SHAH ALAM, 31 OGOS: Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban ketika Op Daulat di Lahad Datu pada Mac 2013 diumum sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor 2024.

Anugerah itu disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin kepada ibu Allahyarham, Sadiah Mohd Amin sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.

[caption id="attachment_660939" align="alignleft" width="415"] Azlin Tukiran. Foto FITRI HAZIM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selain trofi, waris turut menerima wang tunai RM10,000 sebagai penghargaan atas sumbangan luar biasa mempertahankan kedaulatan negara.

Allahyarham yang berasal dari Klang antara enam anggota polis yang maut diserang hendap sekumpulan pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah

Kakak Allahyarham, Azlin Tukiran, 43, ketika ditemui mengakui masih terkesan dengan tragedi menyayat hati meskipun 11 tahun berlalu, namun berbangga mempunyai seorang adik yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara.

"Kami amat amat terharu serta bangga atas pengiktirafan berkenaan yang membuktikan pengorbanan adiknya dihargai oleh kerajaan negeri," katanya yang  membangkitkan lagi rasa rindu terhadap Mohd Azrul yang lebih mesra dipanggil Ayun oleh ahli keluarganya.

[caption id="attachment_660940" align="aligncenter" width="369"] Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban ketika Op Daulat di Lahad Datu pada Mac 2013 diumum sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor 2024. Foto ihsan keluarga[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.