SHAH ALAM, 30 OGOS: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM80,000 kepada dua sekolah menengah baru-baru ini.
Menerusi Facebook rasminya, perbadanan itu memaklumkan sumbangan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Kuala Langat bagi menaik taraf lantai dewan untuk menjadi dewan solat di sekolah berkenaan.
SMK Seri Garing, Rawang menerima RM30,000 bagi baik pulih kerosakan meja makmal dan bumbung di sekolah berkenaan.
[caption id="attachment_660788" align="aligncenter" width="697"] Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Ibnu Hubain Abdul Aziz (kiri), menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing, Rawang pada 28 Ogos 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor[/caption]
“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar serta menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya.
Turut dibuka pada hari penyerahan adalah kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR.
Katanya mereka yang berminat menyalurkan sumbangan wakaf boleh berbuat demikian melalui laman web PWS di https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.