ad
AGENSI

Siti Nurhaliza, Faizal Tahir meriahkan sambutan hari kemerdekaan negeri esok

29 Ogos 2024, 6:25 AM

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pertunjukan bunga api, laser selain persembahan pasukan polis, tentera dan bomba antara program sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan, di sini esok.

Selain itu program lain yang dirancang ialah selawat dan munajat, perbarisan dan perarakan kontinjen, citrawarna perpaduan serta koir.

Tidak ketinggalan persembahan enam artis iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Roy, Poey Stings, Projektor Band dan kumpulan tarian Zeppo Youngsterz.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bertemakan Jiwa Merdeka, pelbagai program menarik dianjurkan mulai jam 6 petang Jumaat.

Beliau berkata setiap acara dirancang itu untuk menguatkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan antara semua.

"Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sambutan penuh makna ini. Ayuh kita meriahkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan kehadiran kita semua. Jumpa anda di sana!," katanya menerusi Facebook.

Pada 5 Ogos Amirudin berkata lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri dengan pelbagai pengisian menarik.

Tahun ini logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun kedua berturut-turut, dengan tema sambutan ‘Malaysia Madani – Jiwa Merdeka’.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.